Saturday, November 13, 2010

Potong gaji menteri RM 10... Hehe..

MP tuntut gaji menteri pertahanan dipotong RM10
Nov 11, 10 4:11pm
Sebuah usul dikemukakan di Dewan Rakyat supaya gaji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipotong sebanyak RM10 berhubung kenyataannya bahawa masyakat bukan Melayu kurang menganggotai angkatan tentera kerana kurang semangat patriotik.

“Ketidak-sensitif Zahid dan tuduhan tanpa asasnya di Parlimen telah menghiris perasaan bukan Melayu,” kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), yang mengemukakan usul berkenaan.

Zahid menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu apabila membuat kenyataan bahawa golongan bukan Melayu kurang semangat patriotik dalam penjelasannya mengenai kurangnya rekrut bukan Melayu dalam angkatan tentera negara... lagi

Ramai yang melenting bila menteri pertahanan keluarkan kenyataan kurangnya golongan bukan melayu dalam tentera mungkin disebabkan kurangnya semangat patriotisme.. bagi aku itulah kebenarannya.. tapi kurangnya semangat patriotisme bukan sahaja berlaku dikalangan bukan melayu.. tapi boleh dikatakan rakyat malaysia sememangnya kurang semangat patriotisme... kalau tidak xkanla ada pemimpin kita pergi negara orang lain untuk memburukkan negara sendiri.. hehehe

Pada aku x payahla nak melenting.. akui jelah hakikat.. kurang patriotik bukan bermaksud tidak patriotik... Adalah lebih baik bagi MCA dan DAp or MIC fikirkan cara untuk meningkatkan minat orang-orang cina dan india untuk masuk tentera dari melalak tak tentu hala.. setakat yang aku tahu xde usaha2 dari parti2 politik golongan bukan melayu yang buat usaha ni.. ke memang diorang pun x patriotik? hehehehe

lamanya tak menulis...

wah... sedar tak sedar dah tujuh bulan tak jenguk blog... terlalu sibuk sampai takde masa nak menulis.. lagipun lebih seronok baca blog orang lain dari menulis sendiri.. hehehe..

1/10/10 tarikh yang amat bermakna dalam hidup... putera sulungku selamat dilahirkan pada jam 15:45 petang jumaat.. yang lebih seronok, aku lahir 1/7/1983 juga pada hari jumaat jam 05:45.. memang betul anak ayah... :) semoga aku dapat membesarkan dia dengan sebaik-baiknya...

lately, banyak isu-isu yang muncul... takde kesempatan nak ulas.. insyaallah selepas ni aku akan cuba untuk menulis lebih kerap... cuma luahan hati... :)