MP tuntut gaji menteri pertahanan dipotong RM10
Nov 11, 10 4:11pm
Sebuah usul dikemukakan di Dewan Rakyat supaya gaji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipotong sebanyak RM10 berhubung kenyataannya bahawa masyakat bukan Melayu kurang menganggotai angkatan tentera kerana kurang semangat patriotik.
“Ketidak-sensitif Zahid dan tuduhan tanpa asasnya di Parlimen telah menghiris perasaan bukan Melayu,” kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), yang mengemukakan usul berkenaan.
Zahid menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu apabila membuat kenyataan bahawa golongan bukan Melayu kurang semangat patriotik dalam penjelasannya mengenai kurangnya rekrut bukan Melayu dalam angkatan tentera negara... lagi
Ramai yang melenting bila menteri pertahanan keluarkan kenyataan kurangnya golongan bukan melayu dalam tentera mungkin disebabkan kurangnya semangat patriotisme.. bagi aku itulah kebenarannya.. tapi kurangnya semangat patriotisme bukan sahaja berlaku dikalangan bukan melayu.. tapi boleh dikatakan rakyat malaysia sememangnya kurang semangat patriotisme... kalau tidak xkanla ada pemimpin kita pergi negara orang lain untuk memburukkan negara sendiri.. hehehe
Pada aku x payahla nak melenting.. akui jelah hakikat.. kurang patriotik bukan bermaksud tidak patriotik... Adalah lebih baik bagi MCA dan DAp or MIC fikirkan cara untuk meningkatkan minat orang-orang cina dan india untuk masuk tentera dari melalak tak tentu hala.. setakat yang aku tahu xde usaha2 dari parti2 politik golongan bukan melayu yang buat usaha ni.. ke memang diorang pun x patriotik? hehehehe
Saturday, November 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment