Monday, March 15, 2010

Poltik Kebencian dan Politik Berkepentingan mana satu pilihan anda?

Secara amnya politik adalah segala interaksi antara manusia dengan manusia lain yang berkaitan dengan kuasa... Aku bukanlah pakar politik dan x pernah ambik politikal study.. Tp apa apa yg aku faham "kuasa" adalah tarikan semulajadi bagi manusia... setiap individu tertarik dengan "kuasa". Semua manusia normal mahukan pandangan dan keinginan mereka dituruti oleh orang lain... Hehehe siapa yang tak mahukan kuasa?

Kembali pada tajuk, pada pandangan aku(ini cuma pandangan peribadi)di malaysia politik kita terbahagi kepada dua... politik kebencian dan politik berkepentingan...

Pada aku politik kebencian adalah politik yang diamalkan oleh pembangkang di malaysia sekarang... cuba kita lihat pada gabungan parti pakatan rakyat (DAP, PAS dan PKR), mengikut sejarah PAS ditubuhkan kerana kekecewaan golongan ulamak dalam UMNO yg menyebabkan mereka keluar dan menubuhkan PAS. DAP pula mendakwa memperjuangkan dasar Malaysia Malaysia(sekarang diubah kepada Middle Malaysia) yang mahukan kesamarataan semua kaum di Malaysia, yang pada hakikatnya hasil dari kekecewaan orang cina dan segelintir india terhadap dasar kerajaan yang kononnya mengutamakan bumiputera.. PKR pula kita sedia maklum memperjuangkan hak ANwar untuk menjadi Perdana Menteri... Ini hakikat, percaya atau tidak terpulang... Apa yang mereka dakwa mereka perjuangkan bagi aku semuanya retorik... Dalam usaha untuk mendapatkan kuasa mereka menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan yang ada.. Tak percaya? hehehe pun terpulang... tapi kalau kita dengar ceramah-ceramah pembangkang apa isi kandungannya? kerajaan zalim bla bla bla, kerajaan x islamik bla bla bla, kerajaan menindas orang india dan cina bla bla bla kerajaan sekular bla bla bla dan lagi dan lagi... apa tujuannya? untuk menanam kebencian... sebab tanpa kebencian adalah hampir mustahil bagi pembangkang untuk menang kerana tiada sebab yang jelas untuk rakyat memilih pembangkang... Ada tak ceramah pembangkang yang hanya menjelaskan apa misi dan visi mereka secara jelas? ada tak ceramah yang secara detail menerangkan kepada rakyat apa yang akan mereka lakukan untuk menjadi kerajaan yang lebih baik? yang menjelaskan polisi dan kaedah pemerintahan yang mereka akan gunakan sekiranya diberi peluang memerintah? apa yang mereka akan lakukan untuk memperbaiki struktur ekonomi? tiada... adalah 10% kot... selebihnya mereka hanya menceritakan keburukan kerajaan diselangi jenaka dan fitnah untuk menjadikan ceramah lebih menarik... kalau ditanya pengundi pakatan rakyat rata-rata mereka akan jawab mereka mengundi kerana tak sukakan BN, kerana BN zalim, kerana nak menjatuhkan BN... ada tak yang menjawab kerana jika pakatan rakyat memerintah gaji minimum akan diperkenalkan bagi semua warga negara atau cukai pendapatan akan dikurangkan kepada 5%? tiada... sebab asas perjuangan mereka adalah politik kebencian... dan mereka sangat berjaya dalam misi mereka untuk menanam kebencian di hati rakyat...

Tapi untuk menyalahkan PR seratus peratus juga adalah tidak adil.. kebencian berjaya di tanam dihati rakyat kerana ahli politik BN mengamalkan Politik Berkepentingan... Amat sukar mencari ahli politik dalam BN yang berpolitik untuk perjuangkan hak rakyat... Kebanyakan mereka berpolitik kerana mempunyai persepsi bahawa menjadi pemimpin dalam kerajaan adalah jalan singkat untuk kaya... untuk kepentingan diri.. untuk memenuhkan tembolok sendiri... perjuangan nasib rakyat marhaen ditolak ketepi... Apa yang difikirkan adalah bagaimana untuk memenuhi nafsu sendiri... jadi Adun sepenggal dah mampu miliki Mercedes, BMW, toyota Alpahrd.. Hari pertama dipilih rakyat dah fikir macam mana nak dapat komisyen... nasib warga tua dan orang miskin di kampung2 dilupakan... cuma nanti bila pilihanraya dah dekat baru nak tunjuk muka.. mereka memberi peluang kepada pembangkang untuk menunjukkan seolah2 apa yang diperkatakan oleh pembangkang adalah benar....

Jadi antara kedua2 jenis politik ini yang mana lebih baik? terpulang pada kita untuk menilai.... ironinya bila politik diasaskan dari kebencian bila dapat peluang memerintah mereka secara automatiknya akan berubah kepada politik berkepentingan.. peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk membalas dendam kepada pemerintah terdahulu dan mengaut apa yang mereka tidak perolehi semasa menjadi pembangkang... apa yang menarik ramai dikalangan pemimpin pembangkang adalah orang yang kecewa tidak mendapat kedudukan dalam kerajaan keluar parti dan sertai pembangkang.. so, bila menang perangai lama pun datang lagi... kalau tak percaya lihat saja kepada negeri2 yang diterajui pembangkang... So, apa baiknya? keluar mulut buaya masuk mulut naga.. :) Pada pandangan aku, usia negara kita terlalu muda untuk bertukar kerajaan... kita dijajah beratus tahun.. masih terlalu banyak yang perlu dilakukan untuk membangunkan negara.. kalau kerajaan bertukar, dasar juga akan bertukar... Jadi seolah2 kita bermula semula dari bawah.. Apa yang penting kita sebagai rakyat bukan memilih parti.. sebaliknya memilih individu...pilihlah calon yang benar2 ingin berbakti... dan kepada ahli politik, hentikanlah mengejar kepentingan diri... jalankanlah amanah anda....

No comments:

Post a Comment