Wednesday, April 21, 2010

Isu peribadi.. Salah Siapa?

hurmmm.. pilihanraya kecil datang lagi... seronok baca blog2 musim pilihanraya kecil ni.. baik pembangkang atau prokerajaan.. macam2 isu timbul.. pemilihan zaid ibrahim sebagai calon PKR membuka ruang luas untuk blogger prokerajaan mengeksploitasi segala isu peribadi beliau, memandangkan zaid ni banyak "skeleton in the closet". Tapi yang salah blogger pro-PR jugak.. waktu zaid dalam UMNO dulu diorg la yg bukak cerita.. sekarang ni tanggungla sendiri...

Secara peribadi aku x setuju isu peribadi dimainkan... tapi dah itulah lagu yang dinyanyikan oleh pembangkang sejak dulu, jadi nak salahkan siapa kalau blogger pro BN menyanyikan lagu yang sama sekarangkan? masih ingat pilihanraya permatang pasir? isu peribadi rohaizat digunakan sepenuhnya oleh pembangkang termasuk ust nasaruddin tantawi KP PAS.. Oh ye kenapa nasarudin berdiam diri ek?

So, sekarang ni PR dan blogger2 pro-PR terpaksa menghabiskan masa menjawab segala tuduhan dan mempertahankan Zaid.. peluang besar utk BN kerana mereka boleh menumpukan perhatian untuk berkempen... So, kepada pembangkang.. u start the game, u have to finish it... HEHEHE

No comments:

Post a Comment