Saturday, November 13, 2010

Potong gaji menteri RM 10... Hehe..

MP tuntut gaji menteri pertahanan dipotong RM10
Nov 11, 10 4:11pm
Sebuah usul dikemukakan di Dewan Rakyat supaya gaji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipotong sebanyak RM10 berhubung kenyataannya bahawa masyakat bukan Melayu kurang menganggotai angkatan tentera kerana kurang semangat patriotik.

“Ketidak-sensitif Zahid dan tuduhan tanpa asasnya di Parlimen telah menghiris perasaan bukan Melayu,” kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), yang mengemukakan usul berkenaan.

Zahid menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu apabila membuat kenyataan bahawa golongan bukan Melayu kurang semangat patriotik dalam penjelasannya mengenai kurangnya rekrut bukan Melayu dalam angkatan tentera negara... lagi

Ramai yang melenting bila menteri pertahanan keluarkan kenyataan kurangnya golongan bukan melayu dalam tentera mungkin disebabkan kurangnya semangat patriotisme.. bagi aku itulah kebenarannya.. tapi kurangnya semangat patriotisme bukan sahaja berlaku dikalangan bukan melayu.. tapi boleh dikatakan rakyat malaysia sememangnya kurang semangat patriotisme... kalau tidak xkanla ada pemimpin kita pergi negara orang lain untuk memburukkan negara sendiri.. hehehe

Pada aku x payahla nak melenting.. akui jelah hakikat.. kurang patriotik bukan bermaksud tidak patriotik... Adalah lebih baik bagi MCA dan DAp or MIC fikirkan cara untuk meningkatkan minat orang-orang cina dan india untuk masuk tentera dari melalak tak tentu hala.. setakat yang aku tahu xde usaha2 dari parti2 politik golongan bukan melayu yang buat usaha ni.. ke memang diorang pun x patriotik? hehehehe

lamanya tak menulis...

wah... sedar tak sedar dah tujuh bulan tak jenguk blog... terlalu sibuk sampai takde masa nak menulis.. lagipun lebih seronok baca blog orang lain dari menulis sendiri.. hehehe..

1/10/10 tarikh yang amat bermakna dalam hidup... putera sulungku selamat dilahirkan pada jam 15:45 petang jumaat.. yang lebih seronok, aku lahir 1/7/1983 juga pada hari jumaat jam 05:45.. memang betul anak ayah... :) semoga aku dapat membesarkan dia dengan sebaik-baiknya...

lately, banyak isu-isu yang muncul... takde kesempatan nak ulas.. insyaallah selepas ni aku akan cuba untuk menulis lebih kerap... cuma luahan hati... :)

Wednesday, April 21, 2010

Isu peribadi.. Salah Siapa?

hurmmm.. pilihanraya kecil datang lagi... seronok baca blog2 musim pilihanraya kecil ni.. baik pembangkang atau prokerajaan.. macam2 isu timbul.. pemilihan zaid ibrahim sebagai calon PKR membuka ruang luas untuk blogger prokerajaan mengeksploitasi segala isu peribadi beliau, memandangkan zaid ni banyak "skeleton in the closet". Tapi yang salah blogger pro-PR jugak.. waktu zaid dalam UMNO dulu diorg la yg bukak cerita.. sekarang ni tanggungla sendiri...

Secara peribadi aku x setuju isu peribadi dimainkan... tapi dah itulah lagu yang dinyanyikan oleh pembangkang sejak dulu, jadi nak salahkan siapa kalau blogger pro BN menyanyikan lagu yang sama sekarangkan? masih ingat pilihanraya permatang pasir? isu peribadi rohaizat digunakan sepenuhnya oleh pembangkang termasuk ust nasaruddin tantawi KP PAS.. Oh ye kenapa nasarudin berdiam diri ek?

So, sekarang ni PR dan blogger2 pro-PR terpaksa menghabiskan masa menjawab segala tuduhan dan mempertahankan Zaid.. peluang besar utk BN kerana mereka boleh menumpukan perhatian untuk berkempen... So, kepada pembangkang.. u start the game, u have to finish it... HEHEHE

Thursday, March 18, 2010

Menunggu Hari Pulang....

19 hari di Bangla.. Rindunya kat isteri, keluarga dan tanah air... Aku dijadualkan terbang pulang 20 hb malam. Tak sabar nak pulang... Aku masih di hotel.. Dah 10 hari aku duduk kat hotel... Puncanya sekarang tengah pekerja kapal tongkang tengah mogok untuk mintak kenaikan gaji.. petang tadi dia orang berdemo di jalan depan hotel.. hurmm... menakutkan... mudaha-mudahan perkara ni xkan terjadi di malaysia...

Aku bersyukur di lahirkan di malaysia.. Ya Allah aku bersyukur atas rahmat-Mu.. Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Tak sabar nak balik...

Wednesday, March 17, 2010

Penduduk bantah TNB dirikan menara didalangi PKR?



Malaysiakini melaporkan 200 penduduk kampung berhimpun di Rawang membantah pembinaan menara TNB. sila klik SINI untuk detail.

Kalau tengok dari gambar tu nampak sangat PKR dalang perhimpunan tu. Semua benda nak dipolitikkan. Mahkamah dah putuskan TNB boleh buat, lagi nak bantah. Nanti kalau x cukup letrik marah kerajaan jugak.. Entah-entah duit pampasan dah sapu.. orang macam ni jangan dilayan, elok campak dalam lokap je. kurung sampai projek selesai.

Macam mana nak maju? Pembangunan yang dirancang selalu dapat bantahan. Sikit2 berhimpun. Dah jadi macam negara INDIA pulak.. Sudahnya satu apapun x jadi..

Tuesday, March 16, 2010

PAS vs UMNO di mana hujungnya??

1. UMNO dan PAS adalah parti dominan melayu dan islam, namun berlainan ideologi dan perjuangan. tapi perbezaan ideologi ini telah menyebabkan jurang yang besar wujud antara keduanya. ini semua disebabkan oleh taktik politik kebencian seperti yang aku ulas sebelum ini. masing2 sentiasa mencari salah dan silap antara sendiri. PAS menggunakan hujah2 Al-quran dan Hadis untuk menjustifikasikan perjuangan mereka... Aku sendiri hidup dalam situasi ini.. Atuk dan ayah aku retak hubungannyar (atuk aku pure PAS) selama hampir 20 tahun kerana PAS mengatakan ahli UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan org kafir dan haram hukumnya atuk datang ke rumah kami... bila dikenangkan airmata aku bergenang.. Alhamdulillah sebelum atuk menutup mata dia sempat melihat sebenarnya kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC adalah dibolehkan kerana PAS boleh berpeluk mesra dengan DAP. Tapi parut 20 tahun dalam kehidupan kami sukar dihilangkan. cuma Atuk dan Ayak aku sempat berbaik-baik.

2. Aku bukanlah pakar agama, tapi aku pasti perbezaaan pendapat dalam islam dibenarkan. Malah kita jugak dilarang untuk taklik membuta tuli. Setiap argument perlulah disertakan dengan hujah yang bernas, dan perlulah dilakukan secara hikmah... kerana Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita berdakwah dengan hikmah.. Tiada manusia yang suka dihukum, begitu juga ahli UMNO. Sekiranya hujah anda(ahli PAS) tidak diterima, jangan terlalu cepat menghukum kafir dan sekular. Bukankah Rasulullah S.A.W tidak pernah berputus asa dalam berdakwah? Walau apapun yang terjadi.. Jangan sampai perbezaan politik menjejaskan hubungan persaudaraan.

3. Aku harap suatu hari nanti orang melayu dan islam akan lebih matang dalam politik. Politik mesti diasingkan dengan emosi, no hard feeling. Manusia mana yang tiada kelemahan. Tiada orang yang perfect.. Oh ya.. blogger kickdefella ada buat posting pasal ketirisan balak dalam kerajaan negeri kelantan klik sini. Bukan apa, cuma nak mengatakan tiada kerajaan dalam dunia ini perfect. Apa pun perbezaan kita harapnya ada satu titik persamaan yang membolehkan kita bersatu. Umpama carik2 bulu ayam...

Monday, March 15, 2010

nik aziz & lim kit siang berFB?

Aku tertarik dengan posting blogger panglima perang cyber di sini.
Macam real je komen2 tukan? i mean obviously that it's not writing by anwar, LKS dan Nik Aziz. but still print screen tu legitkan? but sape2 yang baca pun tau tu rekaan.

Apa yang aku nak katakan human brain is tricky. we tend to see what we believe.. kalau kita percaya pada hantu, mata kita akan nampak hantu walaupun ia sekadar kain putih tergantung di pokok... kalau kita percaya Anwar baik, maka apa saja yg org tulis kebaikan Anwar kita akan percaya dan apa saja yg buruk kita x percaya... :-) jadi selama ini alam cyber digunakan sepenuhnya oleh puak2 PR untuk menyebarkan berita2. in fact kekalahan teruk BN pada PRU12 yang lepas disebabkan BN memandang rendah pada keupayaan media baru.. Hanya selepas itu blog2 pro BN tumbuh.. so BN agak ketinggalan dalam perkara ini.

Persepsi adalah core value yang penting bg manusia untuk membuat pilihan. So, sentiasalah buka minda kita untuk menerima input dari kedua2 pihak.. Jangan percaya sesuatu melainkan kita ada bukti kukuh. Jika tidak kita hanyalah burung kakak tua yang mengulang semula apa yang tuan kita ajarkan. Its the power of suggestion. Merdekakan diri anda.. Jangan jadi burung kakak tua. :)

Oh ya, baru2 ni bekas2 org kanan PKR tengah sibuk round satu malaysia utk menjelaskan isu2 semasa, dekat blog info corner ada buat pengumuman. yang pasti aku xleh datang sebab kat oversea. klik gambar dibawah.


Kepada penyokong PR datanglah... Buka minda untuk second opinion.. X salahkan?

Poltik Kebencian dan Politik Berkepentingan mana satu pilihan anda?

Secara amnya politik adalah segala interaksi antara manusia dengan manusia lain yang berkaitan dengan kuasa... Aku bukanlah pakar politik dan x pernah ambik politikal study.. Tp apa apa yg aku faham "kuasa" adalah tarikan semulajadi bagi manusia... setiap individu tertarik dengan "kuasa". Semua manusia normal mahukan pandangan dan keinginan mereka dituruti oleh orang lain... Hehehe siapa yang tak mahukan kuasa?

Kembali pada tajuk, pada pandangan aku(ini cuma pandangan peribadi)di malaysia politik kita terbahagi kepada dua... politik kebencian dan politik berkepentingan...

Pada aku politik kebencian adalah politik yang diamalkan oleh pembangkang di malaysia sekarang... cuba kita lihat pada gabungan parti pakatan rakyat (DAP, PAS dan PKR), mengikut sejarah PAS ditubuhkan kerana kekecewaan golongan ulamak dalam UMNO yg menyebabkan mereka keluar dan menubuhkan PAS. DAP pula mendakwa memperjuangkan dasar Malaysia Malaysia(sekarang diubah kepada Middle Malaysia) yang mahukan kesamarataan semua kaum di Malaysia, yang pada hakikatnya hasil dari kekecewaan orang cina dan segelintir india terhadap dasar kerajaan yang kononnya mengutamakan bumiputera.. PKR pula kita sedia maklum memperjuangkan hak ANwar untuk menjadi Perdana Menteri... Ini hakikat, percaya atau tidak terpulang... Apa yang mereka dakwa mereka perjuangkan bagi aku semuanya retorik... Dalam usaha untuk mendapatkan kuasa mereka menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan yang ada.. Tak percaya? hehehe pun terpulang... tapi kalau kita dengar ceramah-ceramah pembangkang apa isi kandungannya? kerajaan zalim bla bla bla, kerajaan x islamik bla bla bla, kerajaan menindas orang india dan cina bla bla bla kerajaan sekular bla bla bla dan lagi dan lagi... apa tujuannya? untuk menanam kebencian... sebab tanpa kebencian adalah hampir mustahil bagi pembangkang untuk menang kerana tiada sebab yang jelas untuk rakyat memilih pembangkang... Ada tak ceramah pembangkang yang hanya menjelaskan apa misi dan visi mereka secara jelas? ada tak ceramah yang secara detail menerangkan kepada rakyat apa yang akan mereka lakukan untuk menjadi kerajaan yang lebih baik? yang menjelaskan polisi dan kaedah pemerintahan yang mereka akan gunakan sekiranya diberi peluang memerintah? apa yang mereka akan lakukan untuk memperbaiki struktur ekonomi? tiada... adalah 10% kot... selebihnya mereka hanya menceritakan keburukan kerajaan diselangi jenaka dan fitnah untuk menjadikan ceramah lebih menarik... kalau ditanya pengundi pakatan rakyat rata-rata mereka akan jawab mereka mengundi kerana tak sukakan BN, kerana BN zalim, kerana nak menjatuhkan BN... ada tak yang menjawab kerana jika pakatan rakyat memerintah gaji minimum akan diperkenalkan bagi semua warga negara atau cukai pendapatan akan dikurangkan kepada 5%? tiada... sebab asas perjuangan mereka adalah politik kebencian... dan mereka sangat berjaya dalam misi mereka untuk menanam kebencian di hati rakyat...

Tapi untuk menyalahkan PR seratus peratus juga adalah tidak adil.. kebencian berjaya di tanam dihati rakyat kerana ahli politik BN mengamalkan Politik Berkepentingan... Amat sukar mencari ahli politik dalam BN yang berpolitik untuk perjuangkan hak rakyat... Kebanyakan mereka berpolitik kerana mempunyai persepsi bahawa menjadi pemimpin dalam kerajaan adalah jalan singkat untuk kaya... untuk kepentingan diri.. untuk memenuhkan tembolok sendiri... perjuangan nasib rakyat marhaen ditolak ketepi... Apa yang difikirkan adalah bagaimana untuk memenuhi nafsu sendiri... jadi Adun sepenggal dah mampu miliki Mercedes, BMW, toyota Alpahrd.. Hari pertama dipilih rakyat dah fikir macam mana nak dapat komisyen... nasib warga tua dan orang miskin di kampung2 dilupakan... cuma nanti bila pilihanraya dah dekat baru nak tunjuk muka.. mereka memberi peluang kepada pembangkang untuk menunjukkan seolah2 apa yang diperkatakan oleh pembangkang adalah benar....

Jadi antara kedua2 jenis politik ini yang mana lebih baik? terpulang pada kita untuk menilai.... ironinya bila politik diasaskan dari kebencian bila dapat peluang memerintah mereka secara automatiknya akan berubah kepada politik berkepentingan.. peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk membalas dendam kepada pemerintah terdahulu dan mengaut apa yang mereka tidak perolehi semasa menjadi pembangkang... apa yang menarik ramai dikalangan pemimpin pembangkang adalah orang yang kecewa tidak mendapat kedudukan dalam kerajaan keluar parti dan sertai pembangkang.. so, bila menang perangai lama pun datang lagi... kalau tak percaya lihat saja kepada negeri2 yang diterajui pembangkang... So, apa baiknya? keluar mulut buaya masuk mulut naga.. :) Pada pandangan aku, usia negara kita terlalu muda untuk bertukar kerajaan... kita dijajah beratus tahun.. masih terlalu banyak yang perlu dilakukan untuk membangunkan negara.. kalau kerajaan bertukar, dasar juga akan bertukar... Jadi seolah2 kita bermula semula dari bawah.. Apa yang penting kita sebagai rakyat bukan memilih parti.. sebaliknya memilih individu...pilihlah calon yang benar2 ingin berbakti... dan kepada ahli politik, hentikanlah mengejar kepentingan diri... jalankanlah amanah anda....

Saturday, March 13, 2010

Melayu/islam nak bersatu pun x boleh ke yb khalid?

Dlm malaysiakini ari ni ada berita yang menarik...


Nasha diminta perjelas kehadiran bersama TPM
Jimadie Shah Othman | Mac 12, 10 7:09PM
Kehadiran timbalan presiden PAS dalam program bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bercakap soal “perpaduan politik Islam” menimbulkan kecurigaan banyak pihak.

klik sini untuk berita lanjut.

Rasa kelakar pun ada.. Patut ke anda sebagai melayu yang mengaku islam (bukan saja mengaku islam tapi merasakan dia lebih islam dari yang lain) menutup terus pintu untuk perpaduan? Adakah perbezaan pendapat menyebabkan semua hubungan terputus? Mana perginya semangat sesungguhnya semua umat islam itu bersaudara? ke mana perginya hikmah dalam berdakwah?

Erm... Kalau melayu terus berpecah... akan tertegakkah Islam di Malaysia? erm... agaknya PAS menyangka DAP yang diterajui LnK anak beranak (Lim & Karpal)mungkin akan menjalankan HUDUD yang PAS idam2kan selama ni... Cina dan India bila-bila masa pun bleh boleh jumpa belakang dan berpeluk2 antara satu sama lain dan form pakatan baru (mungkin PCI or CIA). kita melayu? silap2 nanti "menang sorak kampung tergadai" kepada melayu/islam yang suka kafir-mengkafir, maki-memaki ingatlah.. walau apapun perbezaan kita... janganlah tutup terus pintu untuk bersatu... mudah-mudahan kalau kita dikhianati bangsa lain kita masih boleh bersatu dibawah satu pakatan... jangan nanti menyesal dikemudian hari... ingatlah hanya satu tanah melayu untuk kita kembali.. iaitu MALAYSIA tiada yang lain... diorg masih punya INDIA dan CHINA... Kita????????????

Friday, March 12, 2010

Boring!!!!!

Apa yang nak ditulis hari ni... Hmmm... Dah 5 hari lepak kat hotel.. bosannya x terkata.. xtau bila BPC (bangladesh petroleum corporation) nak accept shipment... pasal isu semasa pun xtau nak tulis apa sebab xde apa nak diulas... i figure that current political environment di malaysia makin membosankan.. PR dan BN x habis2 tuduh menuduh antara satu sama lain sampai aku x pasti yg diorg ni jalankan amanah yang rakyat kasi atau x... terpulang pada diorg cuma harap diorg ingat hadis rasul SAW yang bermaksud
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”
so, atas apa yang kita dipertanggungjawabkan pasti akan disoal suatu hari nanti. lebih kepada ingatan untuk diri sendiri... :)

aku sebenarnya xtau apa yang patut ditulis untuk menjadikan blog nie menarik untuk dibaca.. nak menulis tentang politik, di alam cyber dah terlalu banyak blog tentang politik... ada yang pro-BN dan ada yg pro-PR.. mereka berjuang atas dasar prinsip dan apa yang mereka rasakan betul.. dan ada yang menulis kerana dibayar.. untuk menjadi penulis plog politik mereka perlu ada sumber dan terkehadapan dalam setiap isu yang timbul.. Aku? i'm not even in malaysia... all the issue i know are from what i read in blogs,web portals and etc.. so, to write about it only make me more as a copy paste blogger.. so, its kind of stupid.. i also notice that most of the blogs writing about issue based on hearsay and nobody coming with solid evident. so, aku xnak jadi org yg mendengar fitnah apatah lagi menyebarkannya...

Aku pengundi atas pagar... non partisan and hanya mengundi berdasarkan siapa lebih baik.. i vote for the individual who's contesting.. not the party... so, as a malay muslim my concern is only that our right as a bumiputra not being violated no matter who's the government.. its that simple... I'm not interested in personal issue of the leader but more on whether they can be a good leader (in term of our country development) or not, plus who the hell don't have their own dirty secrets? we're not "maksum" and tend to do mistake again and again... prove that u can be a great leader and we as a neutral voter will vote for u... in pursuit of power, don't ever sacrifice your agama, bangsa dan tanah air .. so in my opinion, PR is not the right choice.. don't be offended, its only my personal view..

Just got a call from my shipping agent, the operation will be on sunday... so, one more day... Hmmmm... 6 days in hotel maybe enjoyable moment if i'm in korea.. but bangladesh.. hmmm ngeri... :) apapun, as long as i still got payment guest that i can survive... should i write about my daily experiences? feel that its more fun.. but for now lets keep it freestyle.. cause i'm not a journalist right.. hehehe