Thursday, March 11, 2010

Gempa Bumi di Kenyir

Berita Harian melaporkan...

Gempa bumi di Kenyir mungkin berkait kejadian 1980 an


2010/03/11
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lalu atau proses pelepasan gas tektonik.
Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas,
berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980 an ketika proses pengisian air empangan tersebut.
Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. "Jadi gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lalu, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu," katanya ketika dihubungi hari ini "Kes semalam adalah kes yang pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian semalam," katanya lagi. Rosaidi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah. - Bernama


Hmmm... Bumi dah makin tua... macam2 yang berlaku sekarang... kerap sangat aku dengar pasal gempa sekarang ni.. kat oversea tu x heranla.. tp kat malaysia pun dah selalu.. aku bukan geologist, so x reti nak komen.. but yang aku risau ialah empangan kenyir punya struktur tu direka untuk tahan gempa x? malaysia x berada dalam kawasan gempa.. tapi kerak bumi makin beranjak.. mungkin gempa dah semakin menghampiri malaysia.. kalau 2.6 x kuat, berapa skala ritcher yang empangan kenyir boleh tahan? erm... bukan salah siapa2 gempa terjadi.. tapi lebih baik kajian awal dibuat... sebab andai kata empangan kenyir pecah disebabkan gempa.. ada siapa2 yg boleh bayangkan bencana susulan? apa yang akan jadi kalau 15.2 juta m3 air melimpah keluar.... aku cadangkan kerajaan ambil berat... jangan dah terhantuk baru nak tergadah... see ya

No comments:

Post a Comment