Tuesday, March 16, 2010

PAS vs UMNO di mana hujungnya??

1. UMNO dan PAS adalah parti dominan melayu dan islam, namun berlainan ideologi dan perjuangan. tapi perbezaan ideologi ini telah menyebabkan jurang yang besar wujud antara keduanya. ini semua disebabkan oleh taktik politik kebencian seperti yang aku ulas sebelum ini. masing2 sentiasa mencari salah dan silap antara sendiri. PAS menggunakan hujah2 Al-quran dan Hadis untuk menjustifikasikan perjuangan mereka... Aku sendiri hidup dalam situasi ini.. Atuk dan ayah aku retak hubungannyar (atuk aku pure PAS) selama hampir 20 tahun kerana PAS mengatakan ahli UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan org kafir dan haram hukumnya atuk datang ke rumah kami... bila dikenangkan airmata aku bergenang.. Alhamdulillah sebelum atuk menutup mata dia sempat melihat sebenarnya kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC adalah dibolehkan kerana PAS boleh berpeluk mesra dengan DAP. Tapi parut 20 tahun dalam kehidupan kami sukar dihilangkan. cuma Atuk dan Ayak aku sempat berbaik-baik.

2. Aku bukanlah pakar agama, tapi aku pasti perbezaaan pendapat dalam islam dibenarkan. Malah kita jugak dilarang untuk taklik membuta tuli. Setiap argument perlulah disertakan dengan hujah yang bernas, dan perlulah dilakukan secara hikmah... kerana Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita berdakwah dengan hikmah.. Tiada manusia yang suka dihukum, begitu juga ahli UMNO. Sekiranya hujah anda(ahli PAS) tidak diterima, jangan terlalu cepat menghukum kafir dan sekular. Bukankah Rasulullah S.A.W tidak pernah berputus asa dalam berdakwah? Walau apapun yang terjadi.. Jangan sampai perbezaan politik menjejaskan hubungan persaudaraan.

3. Aku harap suatu hari nanti orang melayu dan islam akan lebih matang dalam politik. Politik mesti diasingkan dengan emosi, no hard feeling. Manusia mana yang tiada kelemahan. Tiada orang yang perfect.. Oh ya.. blogger kickdefella ada buat posting pasal ketirisan balak dalam kerajaan negeri kelantan klik sini. Bukan apa, cuma nak mengatakan tiada kerajaan dalam dunia ini perfect. Apa pun perbezaan kita harapnya ada satu titik persamaan yang membolehkan kita bersatu. Umpama carik2 bulu ayam...

No comments:

Post a Comment